Dengan perjuangan kita dilahirkan. Didalam gelak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik & melawan yang buruk.
Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa.
Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa.
Berapapun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari setiap dari masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakkhirkan walau satu saat dan tidak pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.
Maka,terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir berjuang & akhirnya mati.
Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan jua akan menang. Sebab asal usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kerna itulah hendaklah kita percaya penuh dengan imaan dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah falsafah hidup.
°°°Bicara Hamka ~Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (19042015)

No comments:
Post a Comment