Thursday, 25 February 2016

Bukan Untuk Orang Yang Manja!

TARBIYYAH BKN UTK ORG MANJA
-Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-Yang cepat mengalah,
-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang aircond dan laju.
-Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
-Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
-Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Mari menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya kita terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
Wallahualam

Istiqomah~

"Berjuang menempah susah menanggung derita menongkah fitnah".
Orang kata tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Suatu ketika kami membangun disini jatuh juga disini. Error pun turut serta, 
lalu kami pun try again and again.
Satu pesan..
Semoga istiqomah!

Selamat Berpergian Membawa Diri

Dalam hidup tok banyak pengajaran yang kita dapat,salah satunya kisah hidup tok sikpat di pusin balit. once dah berlalu, akan terus berlalu. hidup sekali mati pun sekali. kadang ada benda yang kita kesalkan, ada benda yang kita inginkan, ada benda yang kita maok elakkan. macam-macam ada lahh. tapi cgek yg selalu rolling up n down, gugok bangun kita, kata orang, ada masa kat debah, ada masa kat atas. macam roda katanya. tapi ya lah banyak mengajar kita dari setiap sisi perjalanan yg kita singgah d sepanjang penjuru jalan. jalan terus, jangan banyak glak pike, klak sakit empun. asalkan kita sik ngaco hidup urang. bukannya urang lain tauk pun apa yg sesuai utk kita, malah sebaliknya kita empun dgn ngembak bbrp bekal yg perlu ada (pande2 drik empun lah oo).

Cuma nk mesan, jgn sombong, jangan lurus glak, jangan terlalu bait glak sbb manusia tok sikapnya pelbagai.. bak kata pepatah, rambut sama hitam (ada juak yg dh beruban laa *_*) tapi hati lain2...pande2 ngembak dirik kata orang tua kita 
smile emoticon
Tulus Ikhlas, 
Anak Sarawak fi musafirr

Wednesday, 20 January 2016

The eye sees only what the mind can understand~

"Dan bukankah sedih kalau apa yang terlihat cuma keburukan dan kehinaan--
kerana betapalah ia membuktikan siapa akal kita yang sebenar tanpa samaran.
Tuhan telah terlalu selalu berpesan:
cari hikmah.
cari kebaikan.
cari keelokan yang tersirat.
He never lies.
train our minds to be nicer. tell our thoughts to be better.
kita pakai tudung labuh sampai lutut--
yang selimpang jangan dihina.
kita solat tahajjud--
yang tak subuh jangan dikata.
orang berbuat jahat--
kita siapa hendak cerita.
apa pun jua;
sebelum nasihat--
kita jangan buat.
dan kalau pun memang kita tidak buat;
apa jaminan kita takkan sampai bila2 akan cuba buat?
semua orang ada kebaikan dia
macammana jahat.
setiap orang yang kita benci ada bagus dia pernah / sedang / akan buat.
cari kebaikan.
sebab kebaikan ni ada habit suka bersembunyi 

Monday, 11 January 2016

Hilang? Lantas apa yang dicari?

  • Apa yang kita cari...
    Bukan kawan sama kepala,
    Bukan sekadar hebat berkata-kata,
    Bukan pula ukhwah semata program,
    Bukan perhatian dari orang lain,
    Bukan dana keperluan harian makan dan minum,
    Bukan sifat manja bersama satu dengan yang lain,
    Bukan sikap cari bulu sesama sendiri,
    Bukan mencari salah untuk dihidang dihadapan umum,
    Bukan pula menyebar aib Si Fulan bin Si Fulan,

  • Bukan juga sikap bergantung harap pada orang lain,
    Bukan untuk sibuk mengurus itu dan ini,
    Bukan minta dipeduli dan dikasihan,
    Bukan sekadar melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,
    Dan apa yang kita cari bukan mengemukakan alasan yang tidak pernah habis.

    Malah, yang dicari adalah kesedaran dalam diri kita sendiri. 
    Agar terdidik dengan baik menjadi manusia yang dapat memanusiakan manusia.
    Teropong kembali apa yang terjadi disetiap penjuru perjalanan yang ada.

    Sama ada ingin sabar dan syukur, atau ingin rebah dan tersungkur?




Wednesday, 11 November 2015

Bicaranya Seorang Pejuang

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."

"Aku dapat membanyangkan al-mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus.
 Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauanya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya..
dirimu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya...."

Imam Hassan Al-Banna

Apa itu Cinta? Ada apa dengan Cinta?

Ya Allah
Ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini tidak akan pernah ada sesuatu yang abadi.
Sehingga ketika seseorang meninggalkanku, 
aku akan tetap kuat dan tegar kerana aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, 
yaitu cinta-Mu Ya Allah. 
:)